Address:
UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam,
Persiaran Pendidikan Bertam Perdana,
Persiaran Perindustrian Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tel: +604 - 562 3444
Fax: +604 - 562 3488
Wednesday, 27 November 2019
ABOUT THIS BLOG'S CREATORS AND IDEAS
PENASIHAT BLOG:
EN. MOHD ADNAN BIN ABDUL HAMID
GROUP C (P2HS1141C1):
1. MAZWEEN BINTI MOHAMED
2. AZHANATUL ATIRAH BINTI IBRAHIM
3. ALYA FAQIHAH BINTI ABD RASHID
4. KHADIJAH SYAHIRAH BINTI KASNAN
5. PUTRI MARISSA SYAZWIN BINTI MOHD AMIN
6. NUR ADREENA ZULIZAN
7. NURUL SYAZWANI BINTI SARUDIN
8. AHMAD DANIEL HILMAN BIN AHMAD NASIR
9. MUHAMMAD IZHAM BIN AZMI
10. NUR AZLEEN BINTI ZUKIFLEE
11. NURUL AINIE ATIRA BT ALIAS
12. MUHAMMAD ARIFF KHUSHAIRI BIN ABDULLAH
13. SITI AMIRAH NURSYAHIRAH BINTI NORIZAN

Culturale Festival (Collaboration with Nursing club, PENSA)

Pada tarikh 16 dan 17 November 2019, kelab PHYTAS dan PENSA telah mengadakan program 'Culturale Festival' untuk meningkatkan semangat beriadah dalam diri pelajar di dalam kampus. Aktiviti yang telah menjadi tumpuan utama oleh pelajar fisioterapi ialah aktiviti berzumba pada waktu pagi sebagai memanaskan badan sebelum bermulanya program.
Pelbagai permainan menarik yang telah disediakan di dalam program kami, antaranya ialah permainan futsal berkain pelikat oleh peserta lelaki, bola beracun berkain batik oleh peserta perempuan dan juga permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan sepak bulu ayam. Program tersebut juga ada memberikan aktiviti mewarna lukisan batik! Sangat menarik sekali!
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
'Stripe squad' program daripada PHYTAS
Pada tarikh 23/11/2019 iaitu hari Sabtu, kelab PHYTAS telah mengadakan program terakhir semester 1 yang dinamakan sebagai program "Stripe Squad".
🐅🐯
↠ Keluarga PHYTAS semester 1 bersama Sir Iqbal ↞
Gambar kumpulan kami bersama (group C)
Our familia!!
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
Tuesday, 26 November 2019
Physiotherapy UiTM Bertam
Course diploma physiotheraphy UiTM ade kat mana ehhh?
Masa awal2 mohon memang ingat fisio kat Puncak Alam lepastu check online dapat dekat Bertam. Tanjat gegurl haaa. Dekat mana pula Bertam ni sebenarnya. Search2 rupanya kat Pulau Pinang. Penghujung Pulau Pinang yeee dah dekat sangat dengan kedah. Tapi ok ja dekat Bertam ni semua ada tapi tak semua lah hehe macam Mydin, Tesco dengan wayang tu ada lah. Cukup lah kalau nak beli barang tu kan.
Bertam ok ja. Kolej pun cantik. Kalau nak tengok UiTM Bertam macam mana, korang boleh tengok dekat Youtube, students kat Bertam ada buat video tour lagi tau!
Untuk pengetahuan semua, dahulu UiTM sediakan course ni kat Puncak Alam sahaja then berpindah ke Bertam. So kat Puncak Alam dah tak ada diploma fisioterapi, tapi ijazah untuk fisioterapi masih dekat sana. Mostly course diploma untuk fakulti sains kesihatan ada dekat Bertam.
Dekat Bertam ada 2 fakulti ja iaitu Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan. Untuk fakulti farmasi of course lah course farmasi tapi kalau fakulti sains kesihatan kita ada 5 course dekat sini. Course yang ada ialah nursing, occupitional theraphy (pemulihan cara kerja), medical laboratory, environmental health dan physiotheraphy.
Batch kami merupakan batch ke-2 untuk diploma fisio di Bertam. Haa fisioterapi dekat Bertam baru ja kat sini :)
Apa yang best Diploma fisioterapi kat Uitm?
Firstly lecturer yang ajar kami semua berpengalaman. Seronok! Macam-macam cerita kami dengar dari pengalaman diorang bekerja di hospital dengan khidmat masyarakat. :D
Secondly, yuran Uitm paling murah di antara semua IPTA yg ada kat Malaysia ni. Hahaha jimat. UiTM pun ada menawarkan banyak kemudahan juga tau. Contohnya, bantuan dari segi kewangan.
Macam mana nak mohon course ni?
Untuk adik-adik yang baru habis SPM, yang berminat untuk ambil course ni korang boleh mohon course ni dekat UPU masa isi online nanti. Course ni bukan minat saja tau tapi niat nak belajar tu penting! Niat kita nak tolong orang. Course ni fizikal dan mental kena kuat lagi2 stamina korang. Macam mana kita nak angkat patient kalau kita tak kuat? Haaaa.... Build stamina korang dari sekarang.
GOOD LUCK SEMUA!
Sunday, 24 November 2019
CTU
Selain subjek-subjek yang dilabel " pecah pala" tadi, pelajar diploma fisioterapi ni juga ada belajar subjek-subjek tambahan contohnya CTU. Wait. What?! Apakah itu???
Sabar semua Sabar jangan takutttttt!! Tiada perkara yang terlalu susah untuk diselesaikan.. hehe
CTU ni sebenarnya sama je macam subjek-subjek agama yang korang belajar kat sekolah dulu. Cumaaaaaa kita hanya akan belajar basic agama Islam sahaja.
Hmmmm macam senang ya ? Tapi ingat, Jangan ambil mudah ya ;) CTU ni subjek wajib lulus juga tau!
CTU101 atau nama kosnya " Fundamentals of Islam " menjelaskan kepada pelajar mengenai tasawwur Islam dan menghubungkaitkan akidah dengan amalan seharian.
Kursus ini juga membincangkan aplikasi syariah, ibadah dan akhlak dalam kehidupan serta mengenalpasti isu dan cabaran semasa.
Kemahiran membaca, menghafaz dan menganalisis al-Quran turut diterapkan.
Objektif utama student wajib pelajari subjek CTU adalah :
1) Menghurai dan membuat penyampaian mengenai pendekatan amalan seharian berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
2) Membuat pentaksiran secara bertulis melalui perbincangan impak dan signifikan perlaksanaan akhlak mahmudah berdasarkan prinsip-prinsip Islam
3) Membuat pelaporan bertulis hasil perbincangan mengenai Islam sebagai al-Din berasaskan prinsip-prinsip Islam.
Contoh tajuk pelajaran kami : Matlamat Penciptaan Manusia.
Kelebihan belajar subjek CTU :
1) Student dapat refresh semula asas-asas pengetahuan agama Islam.
2) Mengetahui sejarah hidup pejuang terdahulu
3) Dapat memperbetulkan bacaan ibadah seperti bacaan dalam solat dan bacaan al-quran.
4) Bagi pelajar yang semasa di sekolah mereka menghafal al-quran, inilah masanya untuk mantapkan lagi hafazan anda ;)
5) Pelajar tidak terlalu lalai dalam hiburan harian.
Nak tau tak apa yang kami paling suka dalam kelas CTU ni ?
Setiap kali kelas, kami boleh tanya apa-apa sahaja soalan yang berkaitan dengan agama Islam!
Kadang-kadang rasa macam dalam rancangan " Anta Tanya Ustazah Jawab " hehe.
Dalam seminggu, kami akan ada satu kelas CTU. Boleh dikatakan yang kelas CTU ni ibarat kelas pengisian rohani la. Harap - harap bakal student fisioterapi nanti enjoy ya belajar CTU ni. Ini peluang yang baik untuk kita perbaiki diri dari segi rohani tau! Good Luck!

ELC
Apa itu ELC?
Maksud ELC ialah Inergrated Language Skills.
Elc ni macam kita belajar subjek english. Kat Uitm banyak tekankan skills mcm listening, reading dan speaking. Elc ialah class yg korang tak perlu stress sangat sebab class ni mcm kita refresh balik yg kita belajar masa SPM dan ada tambahan untuk improve our skills je. Seronok tau!
Untuk pengetahuan korang pelajar sem 1 boleh amik pengecualian untuk subject ELC ni TAPIII korang kene amik 1 test ni namanya EPT. Test ni online je. Ha macam mana nak amik? Nnti test ni diorang akan bagi briefing masa MDS (MDS ni mcm orientasi pelajar baru gituw hahahaha). Test ni korang boleh decide nak amik ke x nak. Test ni kalau lulus baru boleh pengecualian untuk subjek ELC ni. Pengecualian subjek ELC ni hanya untuk SEMESTER 1 jer. Semester seterusnye korang akan belajar mcm biasa. Itu saja daripada kami, terima kasih. :)
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
Anatomy
ANATOMY AND MUSCOSKELETAL
Jadi, untuk subjek seterunya yang korang akan ambil untuk sem 1 adalah ANATOMY. Okay, apa itu anatomy? Anatomy
ni sebenarnya satu subjek yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang
seperti tulang otot dan ciri ciri yang terdapat kat otot dan tulang tu. Melalui
subjek ni juga korang akan belajar otot mana yang bertindak sebagai prime
mover dalam aktiviti tersebut.
Dalam erti kata senang, subjek anatomy ni akan
ajar korang pasal semua jenis otot, dekat mana dia terletak, dekat mana dia mula,
pastu korang akan belajar detail tentang tulang. Untuk yang ambil sains or
biologi waktu form 4 form 5, itu akan mudahkan korang sebab korang dah belajar
term-term yang akan digunakan. Tapi untuk yang lain jangan down pulak sebab tak
ambil sains, jgn risau sebab waktu nilah korang akan belajar semua term in
english.
Subjek ni boleh dikatakan sebagai salah satu
subjek yang hardcore sebab nak menghafal, tapi jgn risau sebab korang akan
masuk lab dan cari sendiri otot tu kat mana, joint tu macam mana dia melekat
dekat tulang. Jadi, dari situ korang akan ingat sendiri dekat mana kedudukan otot-otot tu semua secara tidak langsung. So, korang akan cover semua dalam lab. :P
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
Saturday, 2 November 2019
THERAPEUTIC SKILLS
THERAPEUTIC SKILLS
PENERANGAN TENTANG KOS:
Kursus
PTY115: PHYSIOTHERAPEUTIC SKILLS ini ingin memperkenalkan kepada semua pelajar
tentang prinsip-prinsip dan amalan pelbagai jenis latihan dalam bidang
fisioterapi ini. Di samping itu, melalui kos fisioterapi ini, pelajar
dapat membina ataupun mengasas kemahiran berkomunikasi mereka dan juga dapat
mereka senaman terbaru yang didahului dengan keselamatan supaya pesakit ataupun
pelanggan selamat menggunakannya. Selain itu, pelajar akan diajar tentang
`principles and application of physiotherapy assessment technique’.`Principles
and application of physiotherapy assessment technique’ ini adalah penilaian semula dimana ia adalah unsur yang penting dalam menentukan rawatan
terhadap pesakit.
DEFINISI THERAPEUTIC EXERCISE:
Ø
THERAPEUTIC EXERCISE merujuk kepada pelbagai
aktiviti fizikal yang membantu memulihkan dan membina kekuatan fizikal,
ketahanan, fleksibiliti, keseimbangan dan kestabilan pesakit ataupun pelanggan.
PRINCIPLES OF THERAPEUTIC EXERCISE:
·
Program senaman termasuk latihan aerobik,
rintangan, fleksibiliti, dan neuromotor sangat diperlukan untuk meningkatkan
dan mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan. Latihan telah ditunjukkan
kepada sesiapa yang mempunyai mengalami masalah kardiovaskular dan pernafasan.
Oleh itu, therapeutic exercise dapat mengurangkan faktor risiko penyakit
kardiovaskular.
MATLAMAT THERAPEUTIC EXERCISE:
Ø
Matlamat THERAPEUTIC EXERCISE adalah
mengembalikan seseorang yang cedera kepada keadaan yang asal dan berfungsi
sepenuhnya
Ø
Mengatur atau mencegah kerosakan
Ø
Meningkatkan, memulihkan atau meningkatkan
fungsi fizikal
Ø
Mencegah atau mengurangkan faktor risiko
berkaitan kesihatan
Ø
Optimalkan status kesihatan, kecergasan, atau
rasa kesejahteraan keseluruhan
APA YANG DIANGGAP SEBAGAI THERAPEUTIC EXERCISE:
·
THERAPEUTIC EXERCISE adalah prestasi yang
sistematik atau pelaksanaan pergerakan fizikal atau aktiviti yang dirancang
bertujuan untuk membolehkan pesakit atau pelanggan supaya dapat memulihkan atau
mencegah gangguan fungsi dan struktur tubuh, meningkatkan aktiviti dan
penyertaan, mengurangkan risiko, mengoptimumkan kesihatan secara keseluruhan
dan meningkatkan kecergasan. THERAPEUTIC EXERCISE juga termasuk dalam aktiviti
`aerobic and endurance’, `reconditioning’,
`agility training’, `body mechanics training’, `breathing exercise’,
`coordination exercise’, `developmental activities training’, `muscle
lengthening’, `movement pattern training’, `neuromotor development activities
training’, `neuromuscular education or reeducation’, `perceptual training’, `range
of motion exercises and soft tissue stretching’, `relaxation exercises and
strength, power, and endurance exercises’.
CONTOH THERAPEUTIC EXERCISE:
Satu contoh THERAPEUTIC EXERCISE ialah boleh mengangkat
objek yang berat dan meletakkannya di atas rak yang paling atas (menguatkan
pergerakan bahu atas). THERAPEUTIC EXERCISE juga meliputi pelbagai tugas dan berfungsi
seperti:
·
Lenturan
·
Mengangkat
·
Menangkap
·
Menolak
·
Menarik
·
Melontar
·
squat
PERBEZAAN ANTARA THERAPEUTIC EXERCISE DAN THERAPEUTIC
ACTIVITY:
THERAPEUTIC EXERCISE menerangkan perkhidmatan yang bertujuan
untuk meningkatkan parameter, seperti kekuatan, pelbagai gerak, dan lain-lain.
Manakala, THERAPEUTIC ACTIVITY pula menggunakan aktiviti yang dinamik untuk
meningkatkan prestasi fungsi contohnya dengan menggunakan dumbell dan
sebagainya.
THERAPEUTIC
SKILLS DI BERTAM
Pensyarah yang mengajar buat masa kini bernama Muhammad Iqbal Bin Saharuddin. Beliau merupakan seorang pensyarah yang berkaliber dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk pelajarnya. Beliau juga mempunyai personaliti yang periang dan peramah sehingga membuatkan kami berasa seronok untuk menimba ilmu darinya.
Subjek ‘ Physiotherpeutic Skills ‘ di Bertam adalah antara subjek yang digemari pelajar fisio kerana kursus ini memperkenalkan pelajar kepada prinsip dan amalan pelbagai jenis latihan dalam amalan fisioterapi. Pelajar dapat membangunkan kemahiran komunikasi dan merekacipta program latihan yang sesuai dan selamat kepada pelanggan. Pembelajaran praktikal akan dijalankan selama 3 jam bagi satu sesi.
Bagi pemakaian
pelajar, pelajar UiTM wajib memakai baju kurung setiap hari Isnin dan Jumaat
sebagai pakaian rasmi UiTM. Untuk hari selasa hingga khamis, pelajar perlu
memakai pakaian kasual yang sopan dan menutup aurat. Jika pelajar gagal mengikut
peraturan UiTM, pelajar akan dikenakan tatatertib. Walaubgaimanapun, pelajar
fisio diberikan pengecualian untuk memakai baju jersey dan seluar trek untuk
sesi praktikal. Hal ini kerana kami perlu bebas bergerak semasa menjalankan
sesi praktikal di makmal. Tambahan pula, pelajar fisio dikehendaki untuk
memakai seluar pendek di dalam seluar trek bagi pelajar lelaki supaya dapat
memudahkan sesi penilaian antara pelajar-pelajar. Semasa sesi praktikal,
pensyarah akan menujukkan demostrasi kepada pelajar menggunakan seorang pelajar
lelaki sebagai model. Seterusnya, setiap pelajar akan membentuk kumpulan dan
melakukan penilaian kepada rakan kumpulan.
Akhir kata, kami amat
berterima kasih kerana berpeluang menjadi pelajar fisio di kampus Bertam. Kami
juga bersyukur kerana diberi peluang untuk mempelajari subjek ‘ Therapeutic
Skills ’ ini yang diajar oleh Encik Iqbal. Sekian.
![]() |
| EXAMINATION TREATMENT TABLE |
![]() |
| KERUSI RODA |
![]() |
| TREATMENT TABLE |
PELAJAR FISIO 2019/2020
FOTO SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI SENAMAN STAMINA SETIAP ISNIN
(PENSYARAH KAMI, SIR IQBAL
BERSAMA PELAJAR - PELAJAR FISIO SEMASA PROGRAM MAGIC FINGER 28/9/2019)
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
KINESIOLOGY
KINESIOLOGY
Merupakan sebuah kajian mengenai pergerakan anggota tubuh badan manusia dari aspek anatomical, fisiologi, psikologi dan mekanikal pergerakan manusia itu sendiri.
KAEDAH DALAM KINESIOLOGY
(1) MATA
MELIHAT KEADAAN ANGGOTA BADAN PESAKIT.
Contohnya : melihat permukaan kulit pesakit sekiranya terdapat sebarang kemerahan.
(2) PALPATION ( SENTUHAN )
MENYENTUH DAN MENCARI KEDUDUKAN OTOT-OTOT UTAMA SERTA TULANG.
Ianya bertujuan untuk mengetahui serta memahami dengan lebih mendalam tentang struktur badan manusia. Palpation ini juga penting semasa merawat pesakit.
(3) PEMERHATIAN
MELIHAT DAN MENGANALISIS KEADAAN YANG SEDANG DIALAMI PESAKIT
Contoh : cara berjalan seseorang itu sama ada normal atau tidak . Sekiranya keadaannya tidak normal, punca dan sebab berlakunya kondisi tersebut akan diteliti dengan lebih lanjut.
(4) PENGETAHUAN DALAM STRUKTUR ANATOMI
KEADAAN NORMAL PESAKIT DALAM KEADAAN ANATOMI
Contoh : keadaan yang tidak normal dapat dilihat apabila pesakit berada dalam posisi anatomi dan membolehkan mereka dirawat dengan rawatan yang sesuai.
Antara perkara yang student fisio akan belajar ialah:
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
PT PRO
Code course PTY147 iaitu MANAGEMENT AND
PROFFESIONAL ISSUES IN PHYSIOTHERAPY atau nama pendek dia PT PRO. Subjek ni
pasal nak introduce kat korang pasal pekerjaan kita as physiotherapist, tanggungjawab dan law yang kita kene ikut dalam bidang kita ni agar tidak berlaku masalah semasa kita kerja kat hospital nanti hahaha.
‘Asal kita belajar pasal law? Kita bukan ambil law pun’. Memang
kita tak ambil law tapi sebenarnye kita
kene tahu gak pasal law ni sebab kita nanti akan berjumpa dengan patient. Law yang
kite kene tahu adalah seperti ethics, quality services, health promotion and
communication with clients/patients.
Syllabus dalam course ni memang banyak weh, pecah pala semua
subject lagi-lagi ctu101 :D , tapi don’t worry gaes, subject PT PRO ni tak
masuk final. Cuma ade group and individual assignment je, inshaallah lecturer kata semua boleh 4.00 credit. Kalau semua bagi kerjasama, kita boleh confirm semua orang akan dapat A+ tapi jangan la ambil mudah sangat.
Benda yang kita akan belajar nanti dalam kelas pada awalnya ialah introduction
of physiotherapy, fisioterapi ni apa? Ha gitu la introduction. Then health care system in Malaysia seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Termasuk juga dengan medico law, ni pasal law la, ethics
kita dengan pesakit sama or lain gender. Kemudian our marketing as physiotherapists. Ini kalau kita tak kerja kat hospital and nak buka klinik, hospital atau busines sendiri with our physiotherapy knowledge. Seterusnya ialah health
and safety di mana topik ini mengajar kita tentang how to handle stress at work and risks kalau kita ada buat
kesilapan, keselematan dan sebagainya. Selain itu, kita ada topik communication di mana kita dapat mempelajari cara pertuturan untuk memahami patient/client kami dengan batas percakapan dengan patient/client nnti. Semua ini nanti
belajar dalam communication skill. Last but not least, discharge or retirement
kita, iaitu mengenai juga apa kita nak buat selepas kita sudat tamat bekerja as a physiotherapist. Sampai di sini saja post untuk maklumat subjek PT Pro :D
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
PENGENALAN KEPADA FISIOTERAPI
Bismillahirahmanirrahim
Firstly, Fisiologi. Aikk ? Tajuk kata fisioterapi, tetiba masuk fisiologi pulak. sabar sabar.. Baca dulu ni.
Fisiologi berasal dari perkataan fisio (physis) yang membawa maksud asal atau semula jadi dan logy (logos) bermaksud kajian atau pembelajaran atau penyelidikan.
Jadi, apa pulak fisioterapi?
Fisioterapi membawa maksud penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia, fisio lebih dikenali sebagai anggota jurupulih perubatan. Salah satu bidang yang universal. Kalau dalam konteks hospital ahli fisio ni bekerja seiring dengan doktor. Doktor bagi diagnose and kalau case tu perlukan kepakaran korang mereka akan refers pada fisio. Ibarat macam fisio ni adalah second doktor sebab dia cover semua benda kecuali operation.
Ramai di antara kita salah faham dengan fisio ni. Ada yang tanya, "Fisio ni yang tukang urut tu kan?" setiap kali orang sebut pasal fisio, mesti akan disamakan dengan tukang urut. Selain kami belajar mengurut, kami pun belajar benda lain tau seperti, kinesiologi, anatomi, therapeutic exercises skills dan banyak lagi. Kalau setakat belajar tapi nak jadi tukang urut je buat apa kan???
Tugas sebenar fisioterapi adalah untuk rehabilitasi. Ahhh.. sudah apa kebenda pulak ni. Rehabilitasi atau bahasa inggerisnya, rehabilitation yang membawa maksud satu proses yang berterusan untuk mengembalikan keupayaan seseorang pesakit dengan mengurangkan ketidakupayaan fizikal (dan mental) akibat dari sesuatu penyakit, kecederaan ataupun peristiwa yang berlaku.
Banyak jugak peluang pekerjaan bagi siapa yang ambik fisio ni. Contohnya, kalau korang minat jadi fisioterapi dalam bidang sukan. Boleh, tiada masalah pun. Korang boleh join team bola sepak macam JDT ke,team Malaysia ke, or boleh jugak jadi fisio team luar negara.
Tak minat sukan?? Minat business?? Boleh, korang boleh bukak gym sendiri, kelas zumba sendiri. Ataupun jadi lecturer pun boleh.
Susah tak fisio?? SEJUJURNYA, susah jugak lah tapi diikutkan tiada yang senang pun dalam hidup ni. Kalau betul minat, boleh lah cuba. So far, kami belajar semua okay je.. "pecah kepala" tak belajar semua ni?? Hampir pecah gak lah otak ni. Hahaha.. but see?? We made it!! Ecehhh..
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Kamu semua sihat? harap semua yang tengah baca ini dalam keadaan sihat sentiasa. So, harini topik kita adalah...jeng jeng jeng!!
PENGENALAN KEPADA FISIO.
PENGENALAN KEPADA FISIO.
Hah?? Fisio? Apa tu? Diorang ni belajar apa?
Haaa... Oleh itu, ayuh kami kupas sedikit demi sedikit supaya semua yang membaca ni faham apa sebenarnya fisio.
Haaa... Oleh itu, ayuh kami kupas sedikit demi sedikit supaya semua yang membaca ni faham apa sebenarnya fisio.
Firstly, Fisiologi. Aikk ? Tajuk kata fisioterapi, tetiba masuk fisiologi pulak. sabar sabar.. Baca dulu ni.
Fisiologi berasal dari perkataan fisio (physis) yang membawa maksud asal atau semula jadi dan logy (logos) bermaksud kajian atau pembelajaran atau penyelidikan.
Jadi, apa pulak fisioterapi?
Fisioterapi membawa maksud penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia, fisio lebih dikenali sebagai anggota jurupulih perubatan. Salah satu bidang yang universal. Kalau dalam konteks hospital ahli fisio ni bekerja seiring dengan doktor. Doktor bagi diagnose and kalau case tu perlukan kepakaran korang mereka akan refers pada fisio. Ibarat macam fisio ni adalah second doktor sebab dia cover semua benda kecuali operation.
Ramai di antara kita salah faham dengan fisio ni. Ada yang tanya, "Fisio ni yang tukang urut tu kan?" setiap kali orang sebut pasal fisio, mesti akan disamakan dengan tukang urut. Selain kami belajar mengurut, kami pun belajar benda lain tau seperti, kinesiologi, anatomi, therapeutic exercises skills dan banyak lagi. Kalau setakat belajar tapi nak jadi tukang urut je buat apa kan???
Tugas sebenar fisioterapi adalah untuk rehabilitasi. Ahhh.. sudah apa kebenda pulak ni. Rehabilitasi atau bahasa inggerisnya, rehabilitation yang membawa maksud satu proses yang berterusan untuk mengembalikan keupayaan seseorang pesakit dengan mengurangkan ketidakupayaan fizikal (dan mental) akibat dari sesuatu penyakit, kecederaan ataupun peristiwa yang berlaku.
Banyak jugak peluang pekerjaan bagi siapa yang ambik fisio ni. Contohnya, kalau korang minat jadi fisioterapi dalam bidang sukan. Boleh, tiada masalah pun. Korang boleh join team bola sepak macam JDT ke,team Malaysia ke, or boleh jugak jadi fisio team luar negara.
Tak minat sukan?? Minat business?? Boleh, korang boleh bukak gym sendiri, kelas zumba sendiri. Ataupun jadi lecturer pun boleh.
Susah tak fisio?? SEJUJURNYA, susah jugak lah tapi diikutkan tiada yang senang pun dalam hidup ni. Kalau betul minat, boleh lah cuba. So far, kami belajar semua okay je.. "pecah kepala" tak belajar semua ni?? Hampir pecah gak lah otak ni. Hahaha.. but see?? We made it!! Ecehhh..
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Selain subjek-subjek yang dilabel " pecah pala" tadi, pelajar diploma fisioterapi ni juga ada belajar subjek-subjek tambahan cont...
-
Apa itu ELC? Maksud ELC ialah Inergrated Language Skills. Elc ni macam kita belajar subjek english. Kat Uitm banyak tekankan skills m...
-
Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Kamu semua sihat? harap semua yang tengah baca ini dalam keadaan siha...