THERAPEUTIC SKILLS
PENERANGAN TENTANG KOS:
Kursus
PTY115: PHYSIOTHERAPEUTIC SKILLS ini ingin memperkenalkan kepada semua pelajar
tentang prinsip-prinsip dan amalan pelbagai jenis latihan dalam bidang
fisioterapi ini. Di samping itu, melalui kos fisioterapi ini, pelajar
dapat membina ataupun mengasas kemahiran berkomunikasi mereka dan juga dapat
mereka senaman terbaru yang didahului dengan keselamatan supaya pesakit ataupun
pelanggan selamat menggunakannya. Selain itu, pelajar akan diajar tentang
`principles and application of physiotherapy assessment technique’.`Principles
and application of physiotherapy assessment technique’ ini adalah penilaian semula dimana ia adalah unsur yang penting dalam menentukan rawatan
terhadap pesakit.
DEFINISI THERAPEUTIC EXERCISE:
Ø
THERAPEUTIC EXERCISE merujuk kepada pelbagai
aktiviti fizikal yang membantu memulihkan dan membina kekuatan fizikal,
ketahanan, fleksibiliti, keseimbangan dan kestabilan pesakit ataupun pelanggan.
PRINCIPLES OF THERAPEUTIC EXERCISE:
·
Program senaman termasuk latihan aerobik,
rintangan, fleksibiliti, dan neuromotor sangat diperlukan untuk meningkatkan
dan mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan. Latihan telah ditunjukkan
kepada sesiapa yang mempunyai mengalami masalah kardiovaskular dan pernafasan.
Oleh itu, therapeutic exercise dapat mengurangkan faktor risiko penyakit
kardiovaskular.
MATLAMAT THERAPEUTIC EXERCISE:
Ø
Matlamat THERAPEUTIC EXERCISE adalah
mengembalikan seseorang yang cedera kepada keadaan yang asal dan berfungsi
sepenuhnya
Ø
Mengatur atau mencegah kerosakan
Ø
Meningkatkan, memulihkan atau meningkatkan
fungsi fizikal
Ø
Mencegah atau mengurangkan faktor risiko
berkaitan kesihatan
Ø
Optimalkan status kesihatan, kecergasan, atau
rasa kesejahteraan keseluruhan
APA YANG DIANGGAP SEBAGAI THERAPEUTIC EXERCISE:
·
THERAPEUTIC EXERCISE adalah prestasi yang
sistematik atau pelaksanaan pergerakan fizikal atau aktiviti yang dirancang
bertujuan untuk membolehkan pesakit atau pelanggan supaya dapat memulihkan atau
mencegah gangguan fungsi dan struktur tubuh, meningkatkan aktiviti dan
penyertaan, mengurangkan risiko, mengoptimumkan kesihatan secara keseluruhan
dan meningkatkan kecergasan. THERAPEUTIC EXERCISE juga termasuk dalam aktiviti
`aerobic and endurance’, `reconditioning’,
`agility training’, `body mechanics training’, `breathing exercise’,
`coordination exercise’, `developmental activities training’, `muscle
lengthening’, `movement pattern training’, `neuromotor development activities
training’, `neuromuscular education or reeducation’, `perceptual training’, `range
of motion exercises and soft tissue stretching’, `relaxation exercises and
strength, power, and endurance exercises’.
CONTOH THERAPEUTIC EXERCISE:
Satu contoh THERAPEUTIC EXERCISE ialah boleh mengangkat
objek yang berat dan meletakkannya di atas rak yang paling atas (menguatkan
pergerakan bahu atas). THERAPEUTIC EXERCISE juga meliputi pelbagai tugas dan berfungsi
seperti:
·
Lenturan
·
Mengangkat
·
Menangkap
·
Menolak
·
Menarik
·
Melontar
·
squat
PERBEZAAN ANTARA THERAPEUTIC EXERCISE DAN THERAPEUTIC
ACTIVITY:
THERAPEUTIC EXERCISE menerangkan perkhidmatan yang bertujuan
untuk meningkatkan parameter, seperti kekuatan, pelbagai gerak, dan lain-lain.
Manakala, THERAPEUTIC ACTIVITY pula menggunakan aktiviti yang dinamik untuk
meningkatkan prestasi fungsi contohnya dengan menggunakan dumbell dan
sebagainya.
THERAPEUTIC
SKILLS DI BERTAM
Pensyarah yang mengajar buat masa kini bernama Muhammad Iqbal Bin Saharuddin. Beliau merupakan seorang pensyarah yang berkaliber dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk pelajarnya. Beliau juga mempunyai personaliti yang periang dan peramah sehingga membuatkan kami berasa seronok untuk menimba ilmu darinya.
Subjek ‘ Physiotherpeutic Skills ‘ di Bertam adalah antara subjek yang digemari pelajar fisio kerana kursus ini memperkenalkan pelajar kepada prinsip dan amalan pelbagai jenis latihan dalam amalan fisioterapi. Pelajar dapat membangunkan kemahiran komunikasi dan merekacipta program latihan yang sesuai dan selamat kepada pelanggan. Pembelajaran praktikal akan dijalankan selama 3 jam bagi satu sesi.
Bagi pemakaian
pelajar, pelajar UiTM wajib memakai baju kurung setiap hari Isnin dan Jumaat
sebagai pakaian rasmi UiTM. Untuk hari selasa hingga khamis, pelajar perlu
memakai pakaian kasual yang sopan dan menutup aurat. Jika pelajar gagal mengikut
peraturan UiTM, pelajar akan dikenakan tatatertib. Walaubgaimanapun, pelajar
fisio diberikan pengecualian untuk memakai baju jersey dan seluar trek untuk
sesi praktikal. Hal ini kerana kami perlu bebas bergerak semasa menjalankan
sesi praktikal di makmal. Tambahan pula, pelajar fisio dikehendaki untuk
memakai seluar pendek di dalam seluar trek bagi pelajar lelaki supaya dapat
memudahkan sesi penilaian antara pelajar-pelajar. Semasa sesi praktikal,
pensyarah akan menujukkan demostrasi kepada pelajar menggunakan seorang pelajar
lelaki sebagai model. Seterusnya, setiap pelajar akan membentuk kumpulan dan
melakukan penilaian kepada rakan kumpulan.
Akhir kata, kami amat
berterima kasih kerana berpeluang menjadi pelajar fisio di kampus Bertam. Kami
juga bersyukur kerana diberi peluang untuk mempelajari subjek ‘ Therapeutic
Skills ’ ini yang diajar oleh Encik Iqbal. Sekian.
![]() |
EXAMINATION TREATMENT TABLE |
![]() |
KERUSI RODA |
![]() |
TREATMENT TABLE |
PELAJAR FISIO 2019/2020
FOTO SEMASA MENJALANKAN AKTIVITI SENAMAN STAMINA SETIAP ISNIN
(PENSYARAH KAMI, SIR IQBAL
BERSAMA PELAJAR - PELAJAR FISIO SEMASA PROGRAM MAGIC FINGER 28/9/2019)
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
No comments:
Post a Comment