
Pada tarikh 16 dan 17 November 2019, kelab PHYTAS dan PENSA telah mengadakan program 'Culturale Festival' untuk meningkatkan semangat beriadah dalam diri pelajar di dalam kampus. Aktiviti yang telah menjadi tumpuan utama oleh pelajar fisioterapi ialah aktiviti berzumba pada waktu pagi sebagai memanaskan badan sebelum bermulanya program.
Pelbagai permainan menarik yang telah disediakan di dalam program kami, antaranya ialah permainan futsal berkain pelikat oleh peserta lelaki, bola beracun berkain batik oleh peserta perempuan dan juga permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan sepak bulu ayam. Program tersebut juga ada memberikan aktiviti mewarna lukisan batik! Sangat menarik sekali!
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
No comments:
Post a Comment