ANATOMY AND MUSCOSKELETAL
Jadi, untuk subjek seterunya yang korang akan ambil untuk sem 1 adalah ANATOMY. Okay, apa itu anatomy? Anatomy
ni sebenarnya satu subjek yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang
seperti tulang otot dan ciri ciri yang terdapat kat otot dan tulang tu. Melalui
subjek ni juga korang akan belajar otot mana yang bertindak sebagai prime
mover dalam aktiviti tersebut.
Dalam erti kata senang, subjek anatomy ni akan
ajar korang pasal semua jenis otot, dekat mana dia terletak, dekat mana dia mula,
pastu korang akan belajar detail tentang tulang. Untuk yang ambil sains or
biologi waktu form 4 form 5, itu akan mudahkan korang sebab korang dah belajar
term-term yang akan digunakan. Tapi untuk yang lain jangan down pulak sebab tak
ambil sains, jgn risau sebab waktu nilah korang akan belajar semua term in
english.
Subjek ni boleh dikatakan sebagai salah satu
subjek yang hardcore sebab nak menghafal, tapi jgn risau sebab korang akan
masuk lab dan cari sendiri otot tu kat mana, joint tu macam mana dia melekat
dekat tulang. Jadi, dari situ korang akan ingat sendiri dekat mana kedudukan otot-otot tu semua secara tidak langsung. So, korang akan cover semua dalam lab. :P
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
No comments:
Post a Comment