Course diploma physiotheraphy UiTM ade kat mana ehhh?
Masa awal2 mohon memang ingat fisio kat Puncak Alam lepastu check online dapat dekat Bertam. Tanjat gegurl haaa. Dekat mana pula Bertam ni sebenarnya. Search2 rupanya kat Pulau Pinang. Penghujung Pulau Pinang yeee dah dekat sangat dengan kedah. Tapi ok ja dekat Bertam ni semua ada tapi tak semua lah hehe macam Mydin, Tesco dengan wayang tu ada lah. Cukup lah kalau nak beli barang tu kan.
Bertam ok ja. Kolej pun cantik. Kalau nak tengok UiTM Bertam macam mana, korang boleh tengok dekat Youtube, students kat Bertam ada buat video tour lagi tau!
Untuk pengetahuan semua, dahulu UiTM sediakan course ni kat Puncak Alam sahaja then berpindah ke Bertam. So kat Puncak Alam dah tak ada diploma fisioterapi, tapi ijazah untuk fisioterapi masih dekat sana. Mostly course diploma untuk fakulti sains kesihatan ada dekat Bertam.
Dekat Bertam ada 2 fakulti ja iaitu Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan. Untuk fakulti farmasi of course lah course farmasi tapi kalau fakulti sains kesihatan kita ada 5 course dekat sini. Course yang ada ialah nursing, occupitional theraphy (pemulihan cara kerja), medical laboratory, environmental health dan physiotheraphy.
Batch kami merupakan batch ke-2 untuk diploma fisio di Bertam. Haa fisioterapi dekat Bertam baru ja kat sini :)
Apa yang best Diploma fisioterapi kat Uitm?
Firstly lecturer yang ajar kami semua berpengalaman. Seronok! Macam-macam cerita kami dengar dari pengalaman diorang bekerja di hospital dengan khidmat masyarakat. :D
Secondly, yuran Uitm paling murah di antara semua IPTA yg ada kat Malaysia ni. Hahaha jimat. UiTM pun ada menawarkan banyak kemudahan juga tau. Contohnya, bantuan dari segi kewangan.
Macam mana nak mohon course ni?
Untuk adik-adik yang baru habis SPM, yang berminat untuk ambil course ni korang boleh mohon course ni dekat UPU masa isi online nanti. Course ni bukan minat saja tau tapi niat nak belajar tu penting! Niat kita nak tolong orang. Course ni fizikal dan mental kena kuat lagi2 stamina korang. Macam mana kita nak angkat patient kalau kita tak kuat? Haaaa.... Build stamina korang dari sekarang.
GOOD LUCK SEMUA!
No comments:
Post a Comment