Sabar semua Sabar jangan takutttttt!! Tiada perkara yang terlalu susah untuk diselesaikan.. hehe
CTU ni sebenarnya sama je macam subjek-subjek agama yang korang belajar kat sekolah dulu. Cumaaaaaa kita hanya akan belajar basic agama Islam sahaja.
Hmmmm macam senang ya ? Tapi ingat, Jangan ambil mudah ya ;) CTU ni subjek wajib lulus juga tau!
CTU101 atau nama kosnya " Fundamentals of Islam " menjelaskan kepada pelajar mengenai tasawwur Islam dan menghubungkaitkan akidah dengan amalan seharian.
Kursus ini juga membincangkan aplikasi syariah, ibadah dan akhlak dalam kehidupan serta mengenalpasti isu dan cabaran semasa.
Kemahiran membaca, menghafaz dan menganalisis al-Quran turut diterapkan.
Objektif utama student wajib pelajari subjek CTU adalah :
1) Menghurai dan membuat penyampaian mengenai pendekatan amalan seharian berdasarkan prinsip-prinsip Islam.
2) Membuat pentaksiran secara bertulis melalui perbincangan impak dan signifikan perlaksanaan akhlak mahmudah berdasarkan prinsip-prinsip Islam
3) Membuat pelaporan bertulis hasil perbincangan mengenai Islam sebagai al-Din berasaskan prinsip-prinsip Islam.
Contoh tajuk pelajaran kami : Matlamat Penciptaan Manusia.
Kelebihan belajar subjek CTU :
1) Student dapat refresh semula asas-asas pengetahuan agama Islam.
2) Mengetahui sejarah hidup pejuang terdahulu
3) Dapat memperbetulkan bacaan ibadah seperti bacaan dalam solat dan bacaan al-quran.
4) Bagi pelajar yang semasa di sekolah mereka menghafal al-quran, inilah masanya untuk mantapkan lagi hafazan anda ;)
5) Pelajar tidak terlalu lalai dalam hiburan harian.
Nak tau tak apa yang kami paling suka dalam kelas CTU ni ?
Setiap kali kelas, kami boleh tanya apa-apa sahaja soalan yang berkaitan dengan agama Islam!
Kadang-kadang rasa macam dalam rancangan " Anta Tanya Ustazah Jawab " hehe.
Dalam seminggu, kami akan ada satu kelas CTU. Boleh dikatakan yang kelas CTU ni ibarat kelas pengisian rohani la. Harap - harap bakal student fisioterapi nanti enjoy ya belajar CTU ni. Ini peluang yang baik untuk kita perbaiki diri dari segi rohani tau! Good Luck!
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
No comments:
Post a Comment