Subjek yang juga dipanggil dengan singkatan health psycho ini tidak sahaja dikhususkan untuk pelajar fisioterapi tetapi juga untuk pelajar kejururawatan (Nursing) dan pelajar pemulihan cara kerja (Occupational Therapy) kerana ketiga-tiga program ini memerlukan interaksi yang kerap dengan pesakit.
Subjek ini kelihatan sukar jika dibandingkan dengan subjek fisioterapi yang lain seperti kinesiologi, physiotherapeutic skills dan juga anatomi yang dapat dilihat dengan lebih jelas menggunakan mata kasar. Ini kerana psikologi lebih kepada kesihatan mental yang dapat menentukan kesihatan fizikal seseorang. Namun, subjek ini dapat difahami dengan menggunakan kondisi diri kita sendiri kerana kita juga mempunyai banyak masalah seperti stres yang akan dibincangkan lebih mendalam melalui subjek health psycho ini.

➣ Jika anda mahu menguasai subjek ini, anda boleh membaca buku subjek ini dan membuat nota ringkas seperti peta minda untuk memudahkan kaedah pembelajaran anda. Ingatlah, tiada sesuatu yang mudah namun jika kita berusaha, kita dapat menguasainya. Sekian.
Jangan lupa share blog ini kepada rakan - rakan anda yang lain ya! 😉
No comments:
Post a Comment